Sunday, March 21, 2010

Warna Warni Kehidupan

BISMILLAH..!

Hidup ini tidak lari daripad susah, senang, sedih, gembira. Ini adalah lambang keseronokan hidup dan corak kepada kehidupan seseorang. Baju jika tiada warna tidak akan menjadi menarik dalam perhatian kita, begitu juga kehidupan ini. Allah ciptakan segala perasaan kita sebagai warna warni dalam hidup kita sbg manusia.

Jadi, Apakah tujuan Allah menciptakan warna warni ini..?

Sebagai Hamba, Pesanlah pada diri kita, Apa-apa yang Allah tetapkan pada kita adalah selayaknya bg kita seorang hamba. Seorang hamba kpd Raja, akan tunduk dan patuh apapun suruhan Raja pdnya walaupn apa yg Raja tersebut tetapkan padanya suatu yg dianggap luar batasan. Justeru, sbg hamba Tuhan yg menciptakan kita, Tuhan yang menciptakan Keadilan itu sendiri,, adakah sepatutnya kita letakkn bantahan-bantahan atau persoalan-persoalan kpd KetetapanNya..?

Akan Tetapi,

Kerana Allah jualah yg menciptakan manusia, dan dia jugalah yg mencipta manusia, Bukankah dia yg paling memahami manusia..?
Allah telah jadikan segala benda asbab tertentu. Allah jadikan kita sedih, gembira dan sbgnya smuanya ada sebab tertentu. Lalu Allah ciptakan Hikmah dalam setiap peristiwa yang kita hadapi. Apa-apa sahaja yang kita lalui walaupn zahirnya Baik ataupn Buruk, Allah sediakan Hikmah di sebalik peristiwa.

Hikmah itulah Kecantikan Sebenar d sebalik apa yang kita lihat, yang hanya dapat di lihat dgn mata HATI, tidak dgn mata lendir. Kecantikan asli yang hanya orang yg sedar akan gembira dengannya.

Kadang-kadang..

kita menyampah bila keadaan menyebelahi kita, lalu terus membuang aqal, menyelesuri Jalan-Jalan maksiat untuk menunjukkan keMarahan kita pada Tuhan.

Dan Sering juga apaila Allah kurniakan kita "warna yang cantik", keadaan yang senang dan Gembira, lalu kita "kasari"Nya dgn bertindak sombong dan membelakangi Allah.

Sedangkan Allah tidak pernah terjejas dengan kita, tetapi kita yang akan terjejas teruk nanti..!

Ini tanda bahawa sebenarnya apa yang Allah Beri pada kita itu, bukan persoalan yg perlu kita tatapi, tetapi persoalan yang kita perlu LIHAT dan CAKNA adalah bagaimana kita bertindak dgn perkara tersebut.

Ketahuilah Saudaraku Bahawa..
Boleh jadi apa yang kita amat suka akan perkara itu, sebenarnya ia mudharat utk kita, dan boleh jadi juga apa yang kita Benci itu membuka manfaat yang besar utk kita...

Melayan Perasaan kadang2 membawa kpd layar Syaitan
yg tidak senang duduk dgn manusia..
Apakah tindakan kita...?

Sudah menjadi tabiaat manusia, mencari Hikmah dlam apa jua perkara yg d hadapi. Tetapi Jangan itu jadi fokus utama kita. Mencari Hikmah itu tiada masalah,, Kecewa dgn Hikamh itu yg bermasalah. Apa yg perlu kita lakukan adalah Redha dgn segala yang Allah tetapkan walaupn perkara itu perkara kesenangan, Redha Apa-apa shj yg Allah beri.

Dan sudah tentu sbg Hamba yang paling penting adalah Tindakan kita, itu yang Allah akan Lihat dan d catatkan oleh malaikat. Adakah kita Sabar dgn Kesusahan dan Syukur dgn kesenangan..?

Jadilah Hamba yg Memaknakan Kehidupannya,,

Kerna itulah menjamin Ketenangannya d mana-mana...

Salam Muqaddimah...

~ MAKNAKAN SETIAP PERGERAKAN ~

diriku yang hina

Sungguh,jika aku mengejar dunia ,maka dunia akan lari daripada aku. Bahkan aku tdak akan mampu mengejarnya dan akan berakhir dengan penyesalan yang tidak terhingga oleh diriku sendiri. Sedarilah jika aku lari dari dunia dan mengejar Cinta Allah yang abadi, nescaya dunia akan 'melutut' dan mengejar diriku yang lemah ini. Memang mudah berkata-kata, lidah ini memang sungguh lembut, tetapi ia tidak mampu menipu Allah yang Maha Mengetahui Segala-galanya. Pun begitu, kata-kata yang mudah keluar daripada mulut ku ini pun, gagal dapat ku laksanakan semudah bicaraku pada manusia. Sungguh hina diri ini di sisi Allah. Ku cuba untuk merubah keadaan ini tetapi diriku ini tidak mampu melawan nafsu bergelora. Semoga Allah membantuku dalam meneruskan hidupku waalupun ku sedari ujian yang ku hadapi hanyalah ujian-ujian kecil, tidak setanding ujian para sahabat-sahabatku, namun hanya Allah lah tempat pergantungan ku, hamba pendosa.....

arju ridhaLLah,
afiq awang